Click here for Myspace Layouts

Saturday, 24 November 2012

..terima kasih....

assalamualaikum....haiiiiiiiii...ape khabar???harap korang semua sihat..maaf la sebab dah lama tak mengupdate blog ni...agak berhabuk sudah....hehehe...kesibukan harian ditambahkan tiada bahan yang nak dikongsikan dengan semua pembaca itu la punca utama aku mula memperlahankan corak penulisan aku...
tapi pada malam ini, jari jemariku seolah-olah menari-nari kegirangan untuk menulis kembali...hehehehehe....

pasti ada yang tertanya-tanya, macam mana aku sekarang?jawapan aku, sekarang aku semakin gemuk dan bahagia dengan kerja yang aq sedang ceburi, walaupun kadang-kadang mempunyai krisis di tempat kerja, tetapi itu normal dan perkara-perkara macam tulah yang akan mematangkan diri aku...alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan DIA...sangat-sangat bersyukur....

tetapi didalam keseronokan aku melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjwabkan, tanpa aq sedari ada yang memerhatikan gerak geri aku...huhuhuhu....siapa sangka???aku sendiri pun tak sangka...aku menulis bukan sebab aku nak berbangga dengan itu semua, tapi inilah luahan rasa yang harus aku kongsi dengan korg semua.

dalam aku sibuk mejalankan tugas datang lah seorang rakan sekerja aku, dengan gentleman nya dia minta nombor phone aku, katanya nanti senang nak berurusan...hahaha...disebabkan aq selesa dengan die, tanpa rasa syak wasangka, aku pun bagilah nombor tu...

nak di jadikan cerita, dialah satu-satunya kawan yang aku ada dekat pekan ni selain dari housemate aku...aku selesa dengan die...die pun sama...tiba-tiba, berlakulah sesi luahan perasaan...die menyatakan pada aku, yang die mahukan aku...die mula menyukai aku....tp bukan semudah itu untuk aku menerima die...aku tolak die dengan cara baik...dan alhamdulillah die dapat menerima...bukan senang nak terima macam tu je kan setelah ape yang aku lalui ini...

die baik dengan aku..sangat-sangat baik...<tapi baik lelaki aku tak percaya sangat la>...firstime aku keluar dengan lelaki pada waktu malam, aku dapat rasakan bahawa die sngat protective pada aku...alhamdulillah malam tu tak de ape buruk yang berlaku,kitorng cuma sembang-sembang kosong....

kehadiran die dalam hidup aku, mula menyinari jiwa dan hati aku yang sekian lama menyimpan rasa sedih ni...tapi bukan bermakna aku menerima die sebulat hati aku...aku masih berkawan...ayat yang aku bagi padanya 'jangan tunggu aku'...walaupun aku tahu, ayat itu sangat pedih untuk aku lafaz kan, tapi aku tetap lafazkan juga, kerana aku tak mampu berikan apa yang dia mahukan....

dengan berbekalkan ayat tu, aku teruskan berkawan dengan die....die banyak membantu aku...dialah kawan tempat aku meluahkan perasaan, dielah kawan tempat aku bergurau, dielah kawan tempat aku meminta  nasihat dan pendapat...die sangat matang....masa aku memerlukan die sentiasa ada untuk aku....

aku sangat menghargai die...sangat-sangat...


terima kasih....



tanpa aku sedari, perasaan itu mula hadir bila aku tahu die telah menemui pengganti aku, walaupun dia sendiri akui, die tidak menyayangi ape yang telah die temui tu...tapi aku sentiasa berpesan agar die tidak melukai hati gadis tu, walaupun aku tahu, ianya pedih untuk aku laluinya


walau macam mana sekali pun, aku akan mendoakan yang terbaik untuk die...terima kasih kawan atas segalanya...aku reda dengan ketentuan ILLAHI...


adios
...terima kasih...

No comments:

Post a Comment