hubungan aku dengan dia agak baik...yelah..aku baru lepas kehilangan kawan karib, tapi ALLAH dah hadiahkan seorang teman yang lagi baik...kami selesa antara satu sama lain..dan dia pun sangat menjaga aku..tapi aku sedar siapalah aku...hanya kawan.. ^_^...jadi aku meneruskan hubungan hanya sebagai seorang kawan...tiada lebih...
sepanjang kami lepak,hanya perkara kosong yang kami bincangkan...kerja, kawan-kawan ala yang biasa-biasa je...dia sentiasa menegur aku..aku suka orang yang macam tu...atleast tak de lah aku terumbang ambing...aku ni pulak jenis kalau lelaki dah tegur, aku mesti akan ubah...sebab pada aku, bila lain jentina mula menengur kita, itu bermakna dia sentiasa memerhatikan kita...huhu...bahaya....
sampai lah satu saat dia membuat teguran lantas membuat empat permintaan pada empat perkara....
- NAMA FACEBOOK : dia menegur nama di laman sosial aku...kenapa nama itu yang aku letak. katanya jika letak nama sebenarkan sedap. aku jawab, laman sosial aku terlampau umum, jadi biarlah nama aku yang sebenar menjadi rahsia yang tinggal...dan kawan-kawan yang meng 'add' aku semuanya yang aku kenal...tapi dia masih mahu aku menukar nama tersebut.
- PEMAKAIAN BAJU KURUNG : dia cakap dia suka tengok perempuan pakai baju kurung. dan dia mintak aku memakai baju kurung kalau ke majlis-majlis...aku cakap..yes aku memang nampak kasar dari luaran..tapi aku dalaman aku masih seorang anak gadis melayu tulen ok...
- CARA MENAIP MESEJ : dia meminta aku untuk menaip mesej penuh apabila berSMS dengan dia...aku cakap, INSYAALLAH aku boleh tunaikan permintaan yang ni..
- MEMASAK : pada permulaan perkenalan kami dulu, aku pernah cakap yang aku memang tak pandai memasak...jadi pada malam yang sama, dia cuba mengajar aku memasak..aku hanya tergelak..sebab aku bukan tak pandai memasak, tapi untuk makan sendiri tu lepas la...hihihi...lama aku diamkan diri mendengar bebelan dia, last-last aku tergelak juga...akhirnya aku mengaku, aku boleh...dia siap test aku lagi...dia minta aku ajarkan dia buat nasi ayam..hehehe...aku tunjuk lah apa yang aku tahu.
Fahim, kalau baca blog ni, aku nak kau tahu, banyak lagi yang kau tak tahu pasal aku dan aku pun tak tahu pasal kau..terima kasih sebab sanggup jadi kawan aku lepas apa yang jadi. pasal permintaan kau tu, aku akan cuba tunaikan mana yang patut, sebab, ada sesetengah permintaan kau tu, hanya aku akan akan lakukan untuk yang halal buat aku...apa pun terima kasih atas teguran kau...dan aku bersyukur sebab ALLAH pinjamkan aku kawan sebaik kau. aku harap hubungan kita kekal sepanjang hanyat..aminnn
# four wish #
...adios...
No comments:
Post a Comment